Saturday, October 24, 2009

Ada Apa Dengan Cita2?

Beberapa tahun yang yang lalu sebuah syarikat perfileman indonesia telah menerbitkan sebuah filem yang diberi judul "Ada apa dengan Cinta2".Cerita tersebut banyak mengisahkan kisah cinta dalam kalangan pelajar sekolah.

1.Apa kaitan antara filem "Ada apa dengan Cinta" dengan artikel "Ada apa dengan Cita2?

Sebenarnya tiada kaitan langsung mahupun tidak langsung antara filem "Ada apa dengan Cinta" dengan artikel "Ada apa dengan Cita2".Saya cuma tertarik dengan judulnya sahaja..haha

2.Agaknya apa makna sebenar "Cita2"?

Jika kita merujuk di dalam kamus dewan edisi ketiga terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka, perkataan "cita2" membawa maksud :

I. harapan,hasrat,keinginan(yang kuat)
II.maksud,tujuan yang hendak dilaksanakan

Jadi di sini apa yang dapat saya katakan bahawa cita2 adalah satu perasaan ataupun keinginan yang lahir dari hati disebabkan paksaan keadaan,kehendak memiliki sesuatu ataupun menyedari tanggungjawab yang dipikul.Sebagai contoh kanak2 yang dilahirkan dalam keadaan negaranya dijajah,ibu dan bapanya diseksa,kakaknya dirogol dan abangnya dibelasah lebih cenderung untuk memiliki satu cita2 untuk membalas dendam kepada "orang2"(binatang2 yang selayaknya) yang telah menyeksa keluarganya.Cita2 mereka kebanyakannya bersandarkan perasaan ingin memiliki keamanan dan keharmonian hidup.Ini contoh cita2 yang lahir daripada paksaan keadaan.

Situasi yang kedua pula adalah kanak2 yang dilahirkan dalam suasana yang penuh kemewahan.Makan mereka disuap.Tidur mereka dibelai.Sakit mereka dirawat.Apa yang mereka mahukan segalanya akan di beri.Mereka sedikit pun tidak pernah merasai kesusahan dan keperitan hidup.Cita2 mereka akan lebih cenderung kepada menambahkan kemewahan dan kekayaan.Hati mereka berbisik bahawa wang,kereta,rumah dan kekayaan adalah segalanya.Mereka meletakkan kekayaan sebagai kayu ukur utama dalam kehidupan.Fahaman meterialistik sudah sebati dengan hidup mereka."Aku mesti menjadi seorang doktor kerana gaji seorang doktor sangat lumayan.."

Situasi yang ketiga pula terdapat dalam kehidupan seorang muslim mukmin.Mereka menyedari hakikat dan tujuan hidup mereka.Kehidupan mereka berjalan di atas satu jalan yang sama.Selagi mana mereka berpegang dengan aqidah islamiah selagi itulah kehidupan mereka berjalan di atas satu jalan iaitu ingin mencari keredhaan Allah dengan memperhambakan diri kepada Nya.

"Dan tidak kami jadikan jin dan manusia melainkan untuk memperhambakan diri mereka kepada kami(Allah)"

3.Adakah cita2 perlu wujud dalam diri seseorang?

Wajib.Seseorang itu sewajibnya memiliki cita2.Selagimana dia bergelar manusia maka diwajibkan ke atasnya mempunyai cita2.Hal ini kerana manusia yang tidak memiliki cita2 dan tujuan dalam kehidupan sama sahaja tarafnya dengan haiwan.Manusia yang diberi kelebihan akal berbanding haiwan seharusnya memanfaatkan sebaik mungkin kelebihan yang telah diterima.

4.Apakah kesan dan pengaruh yang lahir dari cita2?

Kesannya adalah manusia akan lebih bersungguh2 dalam melakukan sesuatu.Hidupnya akan lebih aktif dan bersemangat.Dia akan lebih konsisten dalam melakukan sesuatu pekerjaan.Bila penyakit malas menyerangnya, cita2 sedikit sebanyak dapat mengurangkan perasaan malas tersebut.

5.Berapa jenis cita2 yang ada?

Kita boleh membahagikan cita2 kepada 2 bahagian:
I.cita2 jangka masa pendek
II.cita2 jangka masa panjang

Secara ringkasnya, cita2 jangka masa pendek bagi seorang mukmin adalah cita2 dalam kehidupannya di dunia manakala bagi jangka masa pendek pula adalah cita2 dalam kehidupannya di akhirat.Kita hendaklah memiliki kedua-dua jenis cita2 ini tanpa menolak salah satu daripadanya.Ianya diibaratkan irama dan lagu.Jika hilang salah satu daripadanya maka hancurlah kehidupan.

Mungkin setakat ini sahaja.jumpa lagi dalam post yang akan datang.
Kita adalah pelangi.Penuh warna.Penuh potensi.Punyai tanggungjawab yang tersendiri.


Thursday, September 10, 2009

penubuhan kelab 2007

- Sekolah Menengah Ibn Khaldun -


~ Kelab Kesihatan Remaja [KKR] merupakan sebuah kelab yang baru ditubuhkan pada 10 Februari 2007, hari Sabtu, bersamaan 23 Muharram 1428 Hijriah.
Permulaan kelab ini ditubuhkan adalah hasil dari usaha pihak pentadbiran Sekolah Menengah Ibn Khaldun, Shah Alam dan Panel Penasihat Kelab Kesihatan Haluan Malaysia.
Visi dan Misi kelab ini telah direka dan dipersetujui oleh Jawatankuasa KKR yang diolah dari sumber asal (visi dan misi yang dicadangkan oleh pihak KKH), dimana matlamat tersebut bertujuan membawa perubahan positif kepada remaja pada masa akan datang. Visi dan misi ini dipersetujui berdasarkan kemampuan para pelajar mencapainya. ~


Visi : Remaja yang prihatin dan itiqamah membantu pihak sekolah, rakan sebaya, ibu bapa dan masyarakat dalam menangani isu kesihatan kebajikan dan sosial.

Misi : 1) Membina keyakinan dan jatidiri
2) Memupuk minat ahli KKR terhadap profesion perubatan dan kesihatan sebagai kerjaya
3) Melahirkan ahli KKR yang berakhlakmulia dengan berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah, serta mampu membawa perubahan positif dari sudut kesihatan di sekolah, asrama dan rumah
4) Membiasakan pelajar SMIK agar sedia berbakti kepada masyarakat



>> Carta Organisasi - Edisi 2007

Penaung : Tuan Yazib bin Noh [pengetua SMIK]
Guru : - Cikgu Rosmawati binti Ismail
Penasihat - Cikgu Asnuurien Najma binti Ahmad
- Cikgu Fazlina binti Dali
Panel : Jawatankuasa Kelab Kesihatan Haluan Malaysia
Penasihat
KKH

Pengerusi (L) : Mohammad Muizzuddin bin Mohd Saibani
Naib : Mukhlis bin Mohd Yusoff
Pengerusi (L)
Pengerusi (P) : Siti Khadijah At-Thahirah binti Haji Haris
Naib : Fatimah Nur ‘Izzah binti Annuar
Pengerusi (P)





Setiausaha : Muhammad Thaqif bin Abd Latif
Naib : Afifah binti Hamdan
Setiausaha
Bendahari : Nur Izzah binti Subberi
Naib : Ahmad Abdullah bin Adnan
Bendahari

Biro-biro

Ketua Biro Pertolongan Cemas
: Ahmad Ashraf Ilman bin Zulbahri
Penolong : Atiqah binti Abdullah Sani
Ketua Biro Khidmat Masyarakat
: Adzkia’ Amanah binti Ugi Suharto
Penolong : Muhammad Syafiq Auzai’ bin Mohamad Azmi
Ketua Biro Kesihatan Remaja
: Syed Zulfaqar bin Syed Mohd Khair
Penolong : Siti Khadijah At-Thahirah binti Haji Haris
Ketua Biro Perhubungan dan Penerbitan
: Ummu Hani’ binti Hair Zaki
Penolong : Luqman Hanafi bin Othman
Ketua Biro Tugas-tugas Khas
: Alif Al-Husna bin Abdul Halim
Penolong : Nur Izzah binti Shiro

Ahli Jawatankuasa

Kamalul Azmi bin Ahmad
Nurman Hadi bin Ahmad
Syed Ahmad Islami bin Syed Mohd Khair
Nur Syahiirah binti Aslah
Nur Syahdina Hani binti Mohd Zaki
Syazwani binti Hamdan

Ahmad Fadhli bin Haji Zainazlan
Mughirah Shahir bin Ridwan
Wan Noor Muhammad Hakim bin Wan Din
Muhammad Yusuf bin Yahaya
Muhammad Syazwan bin Muhammad Azmar
Izaan Ikram bin Ishak
Halimatussaadiah binti Sazali
Maryam binti Shamsudin
Fathiyah Rafiqah binti Abd Rashid
Nur Nadiah binti Ibrahim
Siti Amirah binti Mohd Zain


~ Yuran tahunan yang telah ditetapkan untuk setiap ahli KKR pada tahun 2007 ialah sebanyak RM 5.00 sahaja.
~ Tetapan yuran mungkin berubah mengikut tahun.

Friday, May 8, 2009

Logo KKR

  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP